CHELSEA mengesahkan pelantikan Graham Potter sebagai pengendali baharu The Blues menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat sebelum ini.
"Saya amat berbangga dan teruja menjadi sebahagian keluarga Chelsea FC, sebuah kelab bola sepak liga Inggeris dan Eropah yang hebat.
"Malah saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan kumpulan pemilik baharu Chelsea dan tidak sabar bertemu, bekerjasama dengan para pemain.
"Fokus utama saya adalah untuk membangunkan pasukan dan budaya yang boleh dibanggakan para penyokong yang sentiasa berdiri di belakang kami," kata Potter.
BACA: Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu
BACA: Thomas Tuchel bukan lagi pengurus Chelsea
Pada masa sama, Potter diikat lima tahun di Stamford Bridge juga berterima kasih kepada Brighton & Hove Albion kerana memberikan peluang mengembangkan karier bersama The Seagulls.
"Terima kasih Kelab Bola Sepak Brighton & Hove Albion khususnya Tony Bloom dan semua pemain, kakitangan dan penyokong atas sokongan berterusan mereka sepanjang saya di kelab," katanya dijadualkan memulakan tugas berdepan Fulham hujung minggu ini.
Untuk rekod, pelantikan Potter menjadikan pengendali berusia 47 tahun itu, pengurus pertama era Todd Boehly-Clearlake Capital Chelsea. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 09 2022
Aksi Graham Potter meraikan kemenangan Brighton and Hove Albion dalam perlawanan EPL antara Leeds dan Brighton di Stadium AMEX, Brighton, England, 27 Ogos 2022. (Gambar fail AP)
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."
Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata
United mendahului 3-2 dan kelihatan bakal bawa pulang tiga mata namun Noni Madueke dijatuhkan Diogo Dalot pada minit ketujuh masa tambahan.
'Kami harap penyokong berada di belakang kami'
Pengendali kelahiran Argentina itu bergelut membina asas kukuh skuad Chelsea mewah, namun berada di tangga ke-11 dalam EPL.
Liverpool julang trofi pertama musim ini
Jaringan tuggal Virgil van Dijk pada babak kedua masa tambahan sudah memadai untuk The Reds mencipta rekod kejuaraan kali ke-10.
Chelsea intai kejutan ke atas Liverpool di Wembley
Misi Pochettino masih jauh dengan Chelsea di tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris, 25 mata di belakang Liverpool.
EPL: Rodri selamatkan maruah Manchester City ikat Chelsea
Raheem Sterling menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya untuk Chelsea mendahului pada tiga minit terakhir babak pertama.